Dalam sesebuah hubungan, tidak salah
jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan
berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya
akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80%
keretakan dalam perhubungan berpuncak apabila perasaan marah dijadikan perasaan
utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap
pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti
yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
